Atap rumbia memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting.
Bagi atap rumbia gred satu yang menggunakan bilangan daun yang banyak
dan rapat-rapai, ia mampu tahan lebih daripada sepuluh tahun berbanding
atai nipah yang perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi
atap nipah yang tidak diproses.
Bagaimanapun harganya yang rendah
mengurangakan kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang
direndam pula, ia mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap
daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih
lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.